Memaparkan catatan dengan label kata nama khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kata nama khas. Papar semua catatan

Kuiz Saya Pintar Kata Nama

  

Ayuh, uji diri anda dengan melengkapkan Kuiz Saya Pintar Kata Nama di bawah!


Andai terlupa, bolehlah klik nota Cakna Kata Nama ya.


Anda boleh cetak lembaran kuiz di bawah, lekat di dalam buku latihan ataupun jadikan sebagai folio bahasa anda.




 Selamat Cakna Bahasa Melayu!




Kuiz Cakna Memahami dan Membina Ayat Menggunakan Kata Nama Khas (Ilham Kami)


 Ha murid-murid, sudah faham dan jelas tentang bagaimana untuk memahami dan membina ayat menggunakan kata nama khas berdasarkan bahan grafik Ilham Kami?


Jikalau ya, jom uji diri!


Sila salin latihan di bawah ini ke dalam buku tulis atau apa-apa kertas masing-masing. Kemudian, sila baca arahan yang diberikan. Jangan lupa tuliskan hari iaitu Selasa, tarikh 2 Mac 2021 dan tajuk ialah Ilham Kami. Setelah lengkap, dengan menggunakan akaun Delima masing-masing, sila hantarkan lembaran tugasan anda ke pautan yang berikut:




Selamat menjawab dan cakna Bahasa Melayu!






Cakna Memahami dan Membina Ayat Menggunakan Kata Nama Khas (Ilham Kami)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Hari ini, Cikgu Arif H.J ingin kongsikan kepada semua tentang Standard Pembelajaran 5.1.1 (ii) iaitu memahami dan membina ayat menggunakan kata nama khas berdasarkan bahan grafik Ilham Kami.


Ayuh sama-sama kita klik dan tontonlah video berdasarkan pautan di bawah!


Selamat menonton!


Video Memahami dan Membina Ayat Menggunakan Kata Nama Khas Berdasarkan Bahan (Ilham Kami)




Kuiz Cakna Kata Nama


Kuiz Cakna Kata Nama



Peta Minda Cakna Kata Nama Hidup dan Tak Hidup


Peta Minda Cakna Kata Nama


Cakna Kata Nama

Kata nama terbahagi kepada dua iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

1.0 Kata Nama Am merujuk manusia, haiwan, benda dan tempat secara umum. Ditulis dengan huruf kecil kecuali mula ayat. Antara contohnya adalah seperti berikut:

1.1 Manusia: lelakiperempuan, adik, kakak
1.2 Haiwan: kucing, burung, gajah, zirafah
1.3 Benda: bangunan (pejabat, sekolah), kenderaan (kereta, motosikal)
1.4 Tempat: negeri, negara, padang, dataran

2.0 Kata Nama Khas merujuk manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus. Ditulis dengan huruf besar bagi huruf pertama kata nama khas. Antara contohnya adalah seperti berikut:

2.1 Manusia: Ahmad, Zulaikha, Dik Ngah, Kak Pah
1.2 Haiwan: Si Comel, Si Nuri, Sang Gempal, Sang Melampai
1.3 Benda: bangunan (Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah Kebangsaan Pandan Indah), kenderaan (Proton Saga, Modenas)
1.4 Tempat: Sabah, Malaysia, Padang MPAJ, Dataran Pahlawan


Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!

Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top