Memaparkan catatan dengan label kata pemeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kata pemeri. Papar semua catatan

Kuiz Saya Pintar Kata Pemeri

 

Ayuh, uji diri anda dengan melengkapkan Kuiz Saya Pintar Kata Pemeri di bawah!


Andai terlupa, bolehlah klik nota Cakna Kata Pemeri dan Peta Minda Kata Pemeri ya.


Anda boleh cetak lembaran kuiz di bawah, lekat di dalam buku latihan ataupun jadikan sebagai folio bahasa anda.


Selamat Cakna Bahasa Melayu!

Kuiz Cakna Kata Pemeri (Telefon Pintar)


Sudah cuba kuiz kata pemeri terdahulu?

Ayuh, cuba uji diri lagi!

Sila cetak dan tampal atau salin latihan di bawah ini ke dalam buku tulis atau apa-apa kertas masing-masing. Kemudian, sila lengkapkan ruangan bergaris dengan kata pemeri yang paling tepat. Jangan lupa tuliskan hari iaitu Rabu, tarikh 8 April 2020 dan tajuk ialah Telefon Pintar.

Selamat cakna Bahasa Melayu.




Kuiz Cakna Kata Pemeri (Anda Patuh Anda Selamat)


Sudah faham benar tentang penggunaan kata pemeri? Ayuh, uji diri!

Sila cetak dan tampal atau salin latihan di bawah ini ke dalam buku tulis atau apa-apa kertas masing-masing. Kemudian, sila lengkapkan ruangan bergaris dengan kata pemeri yang paling tepat. Jangan lupa tuliskan hari iaitu Isnin, tarikh 6 April 2020 dan tajuk ialah Anda Patuh Anda Selamat.

Selamat cakna Bahasa Melayu.


Cakna Kata Pemeri (Anda Patuh Anda Selamat)


Terdahulu, dalam blog ini pernah disiarkan info bahasa berkaitan kata pemeri. Bagi anda yang sudah lupa, sila klik pada pautan berikut:  

dan 


Terbaharu, berikut adalah contoh berita yang mengandungi kata pemeri.

Manakala, berikut pula adalah penerangan kata pemeri yang terdapat dalam berita di atas.


Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!


Peta Minda Cakna Kata Pemeri


Jawaban Kuiz Cakna Kata Pemeri

Berikut merupakan antara contoh jawaban bagi soalan yang boleh digunakan ketika proses Pembelajaraan dan Pemudahcaraan (PdPC) topik Kata Pemeri:


Kuiz Cakna Kata Pemeri

Berikut merupakan antara contoh soalan yang boleh digunakan ketika proses Pembelajaraan dan Pemudahcaraan (PdPC) topik Kata Pemeri:



Peta Minda Cakna Kata Pemeri


Cakna Kata Pemeri


Perbezaan ‘ialah’ dan ‘adalah’

Kata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2006), terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’.
1.0          Kata pemeri ‘ialah’
   1.1          Digunakan di hadapan frasa nama (meja, lampu, Hana, Abu dan sebagainya).
   1.2          Digunakan di hadapan perkataan 'bahawa'.
   1.3          Digunakan di hadapan kata hubung 'yang' iaitu berfungsi sebagai frasa nama.
   1.4          Digunakan di hadapan frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama.
   1.5          Antara contohnya seperti berikut:
                  1.5.1      Siti ialah seorang murid yang bijaksana.
                  1.5.2      Buku itu ialah hadiah yang telah diberikan oleh ayah kepada adik.

2.0          Kata pemeri ‘adalah’
   2.1          Digunakan di hadapan frasa sendi (di, ke, dari, daripada, pada dan sebagainya) dan frasa adjektif (cantik, manis, kacak, tinggi dan sebagainya).
   2.2          Kata pemeri 'adalah' menunjukkan penerangan.
   2.3          Kata pemeri 'adalah' tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
   2.4          Antara contohnya seperti berikut:
                  2.4.1      Kata-kata Raju tentang Dewi itu adalah benar.
                  2.4.2      “Kata-kata pujian itu adalah daripada Cikgu Hana.” Kata Lee kepada Lili.


Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!



Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top