Memaparkan catatan dengan label karangan tidak berformat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karangan tidak berformat. Papar semua catatan

Karangan Majlis Kenduri Perkahwinan (UASA Bahagian D)

 

Assalamualaikum dan salam cakna Bahasa Melayu semua.


Berdasarkan Inovasi Bukit PerAk Kebatup, jom hasilkan sebuah karangan!



Bahagian D

(20 markah) 

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat.

Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


SUASANA DI MAJLIS KENDURI PERKAHWINAN

*Gambar ihsan Google


Selamat menghasilkan karangan yang berkualiti!

Format Menulis Karangan Jenis Cerita (Inovasi Bukit PerAk Kebatup)

 

Assalamualaikum dan salam cakna Bahasa Melayu semua.


Selamat bertemu kembali!


Anda tidak tahu menulis karangan jenis cerita?

Anda tidak berminat dengan PdPC menulis karangan jenis cerita?

Anda tidak pernah mendapat markah yang baik dan cemerlang untuk Pentaksiran Penulisan BM?


Jom, tulis karangan jenis cerita dengan Cikgu Arif!



Langkah-langkah aplikasi Inovasi Bukit PerAk Kebatup:

1) Bukit PerAk Kebatup merupakan inovasi akronim Per:Persediaan, Ak:Aktiviti, Ke:Kemuncak, ba:Tiba-tiba dan tup:Penutup yang dijelmakan dalam grafik bukit kerana karangan jenis cerita mempunyai plot iaitu turun naik cerita.

2) Per: Persediaan. Pada bahagian persediaan, murid boleh memulakan ayat, Pada hujung minggu yang lalu, ____diikuti tajuk program/acara/majlis dalam gambar/soalan____ telah diadakan. Watak (Ali/Siti) bangun pagi, solat subuh dan bersarapan bersama keluarga. Kemudian, watak bergerak ke lokasi program/acara/majlis.

3) Ak: Aktiviti. Pada bahagian aktiviti, murid boleh menulis, Pertama, ___aktiviti pertama sekali dilakukan oleh watak sejurus tiba di lokasi____. Kemudian, ___aktiviti kedua yang dilakukan oleh watak____. Dalam pada itu, _____aktiviti ketiga yang dilakukan oleh watak____.

4) Ke: Kemuncak iaitu dengan menyelitkan ba:Tiba-tiba. Murid boleh menulis, Malang tidak berbau, tiba-tiba ____kemalangan kecil yang dihadapi oleh watak____. ___siapa (rakan-rakan/guru)__ macam lipas kudung membantu watak. Mujurlah, watak hanya luka ringan.

5) tup: Penutup iaitu murid menyatakan watak pulang, perasaan dan janji watak. Contohnya, Setelah ____program/acara/majlis dalam gambar/soalan____ tamat, watak pun pulang. Walaupun watak berasa _________, watak berjanji agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.


Mudah bukan? Selamat cakna karangan jenis cerita!


Kuiz Jom Tulis Karangan Fakta! (Klon Pentaksiran BM)


 Ayuh, uji diri anda dengan melengkapkan latihan mirip Bahagian D Pentaksiaran BM di bawah!

Jangan lupa, gunakan Inovasi Kek TIS dan Kerangka Inovasi Kek TIS ya!


Anda boleh cetak lembaran latihan di bawah dan jadikan sebagai folio bahasa anda.




 Selamat Cakna Bahasa Melayu!

Kuiz Jom Tulis Karangan Fakta! (Kerangka Kek TIS)

 

Ayuh, uji diri dengan menghasilkan sebuah karangan fakta berdasarkan soalan dan Kerangka Kek TIS di bawah!

Jangan lupa, gunakan Inovasi Kek TIS ya!


Anda boleh cetak kerangka di bawah dan jadikan sebagai folio bahasa anda.







Bagaimana, mudah bukan?


Apa, mahu kuiz lagi? Sila klik pautan berikut untuk latihan seperti pentaksiran sebenar Jom Tulis Karangan Fakta (Latihan Pentaksiran)!


SELAMAT MENCUBA!

Jom Tulis Karangan Fakta!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Selamat bertemu kembali!

Apa anda tidak tahu menulis karangan fakta?

Anda tidak berminat dengan PdPC menulis karangan fakta?

Anda tidak pernah mendapat markah yang baik dan cemerlang untuk Pentaksiran Penulisan BM?


Jom, tulis karangan fakta dengan Cikgu Arif!



Langkah-langkah aplikasi Inovasi Kek TIS:

1) Kek TIS merupakan inovasi akronim kepada T:TUHIP, I:IsHACoP dan S:SeITaKK yang dijelmakan dalam grafik sepotong kek.

2) TUHIP digunakan untuk menghasilkan pendahuluan. Berdasarkan apa-apa tajuk, murid memulakan karangan dengan menulis tajuk umum (TU). Kemudian, murid menulis huraian tajuk umum tersebut (H). Selepas itu, murid perlu menulis isu yang timbul (I) menggunakan ayat "Terdapat banyak...". Akhir sekali, murid menulis persoalan isu (P) menggunakan ayat, "Namun, persoalannya adalah apakah...".

3) IsHACoP digunakan untuk menghasilkan perenggan isi. Mulakan perenggan isi dengan menulis isi (Is). Kemudian, tulislah huraian isi (H) menggunakan ayat, "Apabila..." (A). Tuliskan contoh (Co) kepada huraian tersebut. Akhir sekali, letak penegasan (P) dengan mengulang ayat isi tadi.

4) Setelah menghasilkan beberapa perenggan isi, gunalah SeITaKK untuk menghasilkan penutup. Mulakan dengan menulis isi 1 + isi 2 dan isi 3 (Se I) merupakan tajuk karangan tersebut (Ta). Kemudian, tuliskan semua ini hanya mampu dicapai dengan kerjasama semua pihak (K). Jangan lupa, tutup karangan anda dengan kata-kikmah (K) atau peribahasa berdasarkan tajuk. Siap!

5) Aktiviti pementoran atau aktiviti bimbingan guru dan ibu bapa: Murid membuat latihan membina karangan fakta menggunakan Inovasi Kek TIS dan Kerangka Kek TIS sambil dibimbing oleh guru atau ibu bapa.

6) Aktiviti kendiri murid: Murid boleh membina ayat demi ayat sehingga membentuk perenggan lengkap (ansur maju) berdasarkan Kerangka Kek TIS (rujuk belakang Inovasi Kek TIS) atau di pautan ini Kuiz Jom Tulis Karangan Fakta! Murid-murid juga boleh uji diri di pautan Jom Tulis Karangan Fakta! (Klon Pentaksiran BM)


Mudah bukan? Selamat cakna karangan fakta!


Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top