Assalamualaikum dan salam cakna Bahasa Melayu semua.
Selamat bertemu kembali!
Anda tidak tahu menulis karangan jenis cerita?
Anda tidak berminat dengan PdPC menulis karangan jenis cerita?
Anda tidak pernah mendapat markah yang baik dan cemerlang untuk Pentaksiran Penulisan BM?
Jom, tulis karangan jenis cerita dengan Cikgu Arif!
1) Bukit PerAk Kebatup merupakan inovasi akronim Per:Persediaan, Ak:Aktiviti, Ke:Kemuncak, ba:Tiba-tiba dan tup:Penutup yang dijelmakan dalam grafik bukit kerana karangan jenis cerita mempunyai plot iaitu turun naik cerita.
2) Per: Persediaan. Pada bahagian persediaan, murid boleh memulakan ayat, Pada hujung minggu yang lalu, ____diikuti tajuk program/acara/majlis dalam gambar/soalan____ telah diadakan. Watak (Ali/Siti) bangun pagi, solat subuh dan bersarapan bersama keluarga. Kemudian, watak bergerak ke lokasi program/acara/majlis.
3) Ak: Aktiviti. Pada bahagian aktiviti, murid boleh menulis, Pertama, ___aktiviti pertama sekali dilakukan oleh watak sejurus tiba di lokasi____. Kemudian, ___aktiviti kedua yang dilakukan oleh watak____. Dalam pada itu, _____aktiviti ketiga yang dilakukan oleh watak____.
4) Ke: Kemuncak iaitu dengan menyelitkan ba:Tiba-tiba. Murid boleh menulis, Malang tidak berbau, tiba-tiba ____kemalangan kecil yang dihadapi oleh watak____. ___siapa (rakan-rakan/guru)__ macam lipas kudung membantu watak. Mujurlah, watak hanya luka ringan.
5) tup: Penutup iaitu murid menyatakan watak pulang, perasaan dan janji watak. Contohnya, Setelah ____program/acara/majlis dalam gambar/soalan____ tamat, watak pun pulang. Walaupun watak berasa _________, watak berjanji agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.