1.0 Kata Nama Am merujuk manusia, haiwan, benda dan tempat secara umum. Ditulis dengan huruf kecil kecuali mula ayat. Antara contohnya adalah seperti berikut:
1.1 Manusia: lelaki, perempuan, adik, kakak
1.2 Haiwan: kucing, burung, gajah, zirafah
1.3 Benda: bangunan (pejabat, sekolah), kenderaan (kereta, motosikal)
1.4 Tempat: negeri, negara, padang, dataran
2.0 Kata Nama Khas merujuk manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus. Ditulis dengan huruf besar bagi huruf pertama kata nama khas. Antara contohnya adalah seperti berikut:
2.1 Manusia: Ahmad, Zulaikha, Dik Ngah, Kak Pah
1.2 Haiwan: Si Comel, Si Nuri, Sang Gempal, Sang Melampai
1.3 Benda: bangunan (Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah Kebangsaan Pandan Indah), kenderaan (Proton Saga, Modenas)
1.4 Tempat: Sabah, Malaysia, Padang MPAJ, Dataran Pahlawan
Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!