Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bertemu kembali!
Dalam PdPR hari ini, Cikgu Arif H.J ingin mengulang kongsi kepada semua terutamanya anak-anak murid yang tidak menghantar tugasan PdPR terdahulu tentang Standard Pembelajaran 5.1.3 iaitu membina ayat menggunakan kata adjektif berdasarkan bahan grafik.
Sila klik pautan di bawah untuk menonton video perkongsian Cikgu Arif H.J.
Video Cakna Membina Ayat Menggunakan Kata Adjektif Berdasarkan Bahan
Bagaimana murid-murid?
Sudah faham dan jelas tentang langkah-langkah membina ayat menggunakan kata adjektif berdasarkan bahan?
Jikalau ya, jom uji diri anda hari ini pula!
Sila salin atau cetak latihan di bawah ini ke dalam buku tulis masing-masing. Kemudian, sila baca arahan yang diberikan. Jangan lupa tuliskan hari iaitu Isnin, tarikh 28 Jun 2021 dan tajuk ialah Selamatkan Taman Bunga. Setelah lengkap, dengan menggunakan akaun Delima masing-masing, sila hantarkan lembaran tugasan anda ke pautan yang berikut:
Selamat menjawab dan cakna Bahasa Melayu!