Jom Tulis Karangan Fakta!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Selamat bertemu kembali!

Apa anda tidak tahu menulis karangan fakta?

Anda tidak berminat dengan PdPC menulis karangan fakta?

Anda tidak pernah mendapat markah yang baik dan cemerlang untuk Pentaksiran Penulisan BM?


Jom, tulis karangan fakta dengan Cikgu Arif!



Langkah-langkah aplikasi Inovasi Kek TIS:

1) Kek TIS merupakan inovasi akronim kepada T:TUHIP, I:IsHACoP dan S:SeITaKK yang dijelmakan dalam grafik sepotong kek.

2) TUHIP digunakan untuk menghasilkan pendahuluan. Berdasarkan apa-apa tajuk, murid memulakan karangan dengan menulis tajuk umum (TU). Kemudian, murid menulis huraian tajuk umum tersebut (H). Selepas itu, murid perlu menulis isu yang timbul (I) menggunakan ayat "Terdapat banyak...". Akhir sekali, murid menulis persoalan isu (P) menggunakan ayat, "Namun, persoalannya adalah apakah...".

3) IsHACoP digunakan untuk menghasilkan perenggan isi. Mulakan perenggan isi dengan menulis isi (Is). Kemudian, tulislah huraian isi (H) menggunakan ayat, "Apabila..." (A). Tuliskan contoh (Co) kepada huraian tersebut. Akhir sekali, letak penegasan (P) dengan mengulang ayat isi tadi.

4) Setelah menghasilkan beberapa perenggan isi, gunalah SeITaKK untuk menghasilkan penutup. Mulakan dengan menulis isi 1 + isi 2 dan isi 3 (Se I) merupakan tajuk karangan tersebut (Ta). Kemudian, tuliskan semua ini hanya mampu dicapai dengan kerjasama semua pihak (K). Jangan lupa, tutup karangan anda dengan kata-kikmah (K) atau peribahasa berdasarkan tajuk. Siap!

5) Aktiviti pementoran atau aktiviti bimbingan guru dan ibu bapa: Murid membuat latihan membina karangan fakta menggunakan Inovasi Kek TIS dan Kerangka Kek TIS sambil dibimbing oleh guru atau ibu bapa.

6) Aktiviti kendiri murid: Murid boleh membina ayat demi ayat sehingga membentuk perenggan lengkap (ansur maju) berdasarkan Kerangka Kek TIS (rujuk belakang Inovasi Kek TIS) atau di pautan ini Kuiz Jom Tulis Karangan Fakta! Murid-murid juga boleh uji diri di pautan Jom Tulis Karangan Fakta! (Klon Pentaksiran BM)


Mudah bukan? Selamat cakna karangan fakta!


Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top