Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selamat bertemu kembali!
Apa anda tidak tahu menulis ayat lengkap?
Anda tidak berminat dengan PdPC menulis ayat lengkap?
Anda tidak pernah mendapat markah yang baik dan cemerlang untuk Bagaian A Pentaksiran Penulisan BM?
Walau sesiapa pun anda, Cikgu Arif H.J ada jawapannya! Jom, cakna!
1) WAK KenTut merupakan akronim kepada W:watak, A:aktiviti, K:keterangan, KenTut:kata tanya.
2) Fahami cara-cara aplikasi Inovasi WAK KenTut menerusi video tutorial di Youtube Inovasi WAK KenTut di sayacaknabahasamelayu.blogspot
3) Murid boleh membina frasa demi frasa sehingga membentuk ayat lengkap (ansur maju) berdasarkan Jadual WAK KenTut di pautan ini Kuiz Jom Bina Ayat Lengkap! Jawapan turut boleh diklik untuk semakan di Jawapan Kuiz Jom Bina Ayat Lengkap!
4) Aktiviti pementoran atau aktiviti bimbingan guru dan ibu bapa: Murid membuat latihan bina ayat lengkap menggunakan Inovasi WAK KenTut dan Jadual WAK KenTut sambil dibimbing oleh guru atau ibu bapa.
5) Aktiviti kendiri murid: Murid boleh klik dan akses bahan di Kuiz Jom Bina Ayat Lengkap (Bahagian A)! dan hasilkan sendiri ayat lengkap berdasarkan bahan tersebut. Jawapan turut boleh diklik untuk semakan di Jawapan Kuiz Jom Bina Ayat Lengkap (Bahagian A)!
Mudah bukan? Selamat Cakna Bahasa Melayu!