Cakna bermaksud ambil tahu atau ambil berat akan sesuatu jika disingkap daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Maka, marilah bersama-sama cakna akan Bahasa Melayu kerana rencam perkara baharu yang akan anda baru tahu setelah mendalami Bahasa Melayu. Adakah anda cakna Bahasa Melayu? Katakanlah "Ya, saya cakna Bahasa Melayu" bermula saat ini. Salam cakna Bahasa Melayu!
Ahad, 10 Oktober 2021
Cakna Mendraf dan Menghasilkan Penulisan Berformat Jenis Syarahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat bertemu kembali! Hari ini, Cikgu Arif H.J ingin kongsikan kepada semua tentang Standard Pembelajaran 3.3.1 iaitu mendraf dan menghasilkan penulisan berformat jenis syarahan.