Cakna Kata Ganda Penuh


1.0          Kata ganda penuh terbentuk daripada kata dasar yang diulang kesuluruhannya dan diletakkan tanda sempang (-). Antara contohnya adalah seperti berikut:

                1.1 pokok: pokok-pokok
                1.2 kasut: kasut-kasut
                1.3 lelaki: lelaki-lelaki

2.0          Kata ganda penuh membawa maksud jamak (banyak). Antara contohnya adalah seperti berikut:
                2.1 murid  ~   tunggal (satu)
                2.2 murid-murid  ~  jamak (banyak)



Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!



Peta Minda Cakna Kata Nama


Cakna Kata Nama

Kata nama terbahagi kepada dua iaitu Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

1.0 Kata Nama Am merujuk manusia, haiwan, benda dan tempat secara umum. Ditulis dengan huruf kecil kecuali mula ayat. Antara contohnya adalah seperti berikut:

1.1 Manusia: lelakiperempuan, adik, kakak
1.2 Haiwan: kucing, burung, gajah, zirafah
1.3 Benda: bangunan (pejabat, sekolah), kenderaan (kereta, motosikal)
1.4 Tempat: negeri, negara, padang, dataran

2.0 Kata Nama Khas merujuk manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus. Ditulis dengan huruf besar bagi huruf pertama kata nama khas. Antara contohnya adalah seperti berikut:

2.1 Manusia: Ahmad, Zulaikha, Dik Ngah, Kak Pah
1.2 Haiwan: Si Comel, Si Nuri, Sang Gempal, Sang Melampai
1.3 Benda: bangunan (Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah Kebangsaan Pandan Indah), kenderaan (Proton Saga, Modenas)
1.4 Tempat: Sabah, Malaysia, Padang MPAJ, Dataran Pahlawan


Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!

Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top