Jom Bina Ayat Lengkap!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Selamat bertemu kembali!

Apa anda tidak tahu menulis ayat lengkap?

Anda tidak berminat dengan PdPC menulis ayat lengkap?

Anda tidak pernah mendapat markah yang baik dan cemerlang untuk Bagaian A Pentaksiran Penulisan BM?

Walau sesiapa pun anda, Cikgu Arif H.J ada jawapannya! Jom, cakna!


Langkah-langkah aplikasi Inovasi WAK KenTut:

1) WAK KenTut merupakan akronim kepada W:watak, A:aktiviti, K:keterangan, KenTut:kata tanya. 

2) Fahami cara-cara aplikasi Inovasi WAK KenTut menerusi video tutorial di Youtube Inovasi WAK KenTut di sayacaknabahasamelayu.blogspot

3) Murid boleh membina frasa demi frasa sehingga membentuk ayat lengkap (ansur maju) berdasarkan Jadual WAK KenTut di pautan ini Kuiz Jom Bina Ayat Lengkap! Jawapan turut boleh diklik untuk semakan di Jawapan Kuiz Jom Bina Ayat Lengkap!

4) Aktiviti pementoran atau aktiviti bimbingan guru dan ibu bapa: Murid membuat latihan bina ayat lengkap menggunakan Inovasi WAK KenTut dan Jadual WAK KenTut sambil dibimbing oleh guru atau ibu bapa.

5) Aktiviti kendiri murid: Murid boleh klik dan akses bahan di Kuiz Jom Bina Ayat Lengkap (Bahagian A)! dan hasilkan sendiri ayat lengkap berdasarkan bahan tersebut. Jawapan turut boleh diklik untuk semakan di Jawapan Kuiz Jom Bina Ayat Lengkap (Bahagian A)!


Mudah bukan? Selamat Cakna Bahasa Melayu!



Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Tahun 5 Peringkat Sekolah Kebangsaan Pandan Indah 2021

 


Cakna Mendraf dan Menghasilkan Penulisan Berformat Jenis Syarahan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat bertemu kembali! Hari ini, Cikgu Arif H.J ingin kongsikan kepada semua tentang Standard Pembelajaran 3.3.1 iaitu mendraf dan menghasilkan penulisan berformat jenis syarahan.


Ayuh, cakna maklumat di bawah!



Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top