Karangan Pendapat (UASA Bahagian C)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berdasarkan Inovasi Busur Karangan Pendapat, mari cuba hasilkan karangan mirip UASA Bahagian C.



Bahagian C

(10 markah)

Gambar di bawah menunjukkan tentang cara-cara membersihkan kawasan sekolah. 

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara membersihkan kawasan sekolah.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.


*gambar ihsan Google


Selamat mencuba!

Karangan Majlis Kenduri Perkahwinan (UASA Bahagian D)

 

Assalamualaikum dan salam cakna Bahasa Melayu semua.


Berdasarkan Inovasi Bukit PerAk Kebatup, jom hasilkan sebuah karangan!



Bahagian D

(20 markah) 

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat.

Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


SUASANA DI MAJLIS KENDURI PERKAHWINAN

*Gambar ihsan Google


Selamat menghasilkan karangan yang berkualiti!

Format Menulis Karangan Jenis Cerita (Inovasi Bukit PerAk Kebatup)

 

Assalamualaikum dan salam cakna Bahasa Melayu semua.


Selamat bertemu kembali!


Anda tidak tahu menulis karangan jenis cerita?

Anda tidak berminat dengan PdPC menulis karangan jenis cerita?

Anda tidak pernah mendapat markah yang baik dan cemerlang untuk Pentaksiran Penulisan BM?


Jom, tulis karangan jenis cerita dengan Cikgu Arif!



Langkah-langkah aplikasi Inovasi Bukit PerAk Kebatup:

1) Bukit PerAk Kebatup merupakan inovasi akronim Per:Persediaan, Ak:Aktiviti, Ke:Kemuncak, ba:Tiba-tiba dan tup:Penutup yang dijelmakan dalam grafik bukit kerana karangan jenis cerita mempunyai plot iaitu turun naik cerita.

2) Per: Persediaan. Pada bahagian persediaan, murid boleh memulakan ayat, Pada hujung minggu yang lalu, ____diikuti tajuk program/acara/majlis dalam gambar/soalan____ telah diadakan. Watak (Ali/Siti) bangun pagi, solat subuh dan bersarapan bersama keluarga. Kemudian, watak bergerak ke lokasi program/acara/majlis.

3) Ak: Aktiviti. Pada bahagian aktiviti, murid boleh menulis, Pertama, ___aktiviti pertama sekali dilakukan oleh watak sejurus tiba di lokasi____. Kemudian, ___aktiviti kedua yang dilakukan oleh watak____. Dalam pada itu, _____aktiviti ketiga yang dilakukan oleh watak____.

4) Ke: Kemuncak iaitu dengan menyelitkan ba:Tiba-tiba. Murid boleh menulis, Malang tidak berbau, tiba-tiba ____kemalangan kecil yang dihadapi oleh watak____. ___siapa (rakan-rakan/guru)__ macam lipas kudung membantu watak. Mujurlah, watak hanya luka ringan.

5) tup: Penutup iaitu murid menyatakan watak pulang, perasaan dan janji watak. Contohnya, Setelah ____program/acara/majlis dalam gambar/soalan____ tamat, watak pun pulang. Walaupun watak berasa _________, watak berjanji agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.


Mudah bukan? Selamat cakna karangan jenis cerita!


Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top