Kuiz Cakna Kata Nafi

 Sudah arif akan kata nafi? Ayuh, uji diri!


Sila cetak dan tampal atau salin latihan di bawah ini ke dalam buku tulis atau apa-apa kertas masing-masing. Kemudian, sila lengkapkan kuiz. Jangan lupa tuliskan hari iaitu Isnin, tarikh 26 Oktober 2020 dan tajuk ialah Kuiz Cakna Kata Nafi.

Selamat menjawab dan cakna Bahasa Melayu.




Cakna Kata Nafi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Apa khabar semua?

Bertemu lagi kita minggu ini secara maya. Saya berharap agar anda semua dapat meningkatkan kawalan kendiri masing-masing. Duduk sahajalah di rumah dan jikalau terpaksa keluar rumah sentiasa jaga jarak sosial, pakai pelitup separuh muka dan jangan ada sentuhan fizikal. Ingat, kita belum menang!

Sebagai info baharu, hari ini cikgu ingin kongsikan kepada anda tentang kata nafi. Cikgu sering dengar kesalahan penggunaan kata nafi dalam kalangan murid di sekolah. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang kata nafi, ayuh baca info grafik di bawah!




Ha, menarik bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!

Kuiz Cakna Kata Majmuk

 

Ha, bagaimana? Sudah faham benar tentang kata majmuk? Ayuh, uji diri!


Sila cetak dan tampal atau salin latihan di bawah ini ke dalam buku tulis atau apa-apa kertas masing-masing. Kemudian, sila lengkapkan kuiz. Jangan lupa tuliskan hari iaitu Isnin, tarikh 19 Oktober 2020 dan tajuk ialah Kuiz Cakna Kata Majmuk.

Selamat cakna Bahasa Melayu.





Cakna Kata Majmuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Apa khabar semua? 

Diharapkan agar di musim pandemik ini anda semua dapat meningkatkan kawalan kendiri masing-masing, duduk rumah, jaga jarak dan sentiasa pakai pelitup separuh muka tatkala terpaksa keluar. Ingat, kita jaga kita!

Baiklah, hari ini cikgu ingin kongsikan kepada anda tentang kata majmuk. Ha, apa itu kata majmuk? Mudah sahaja, kata majmuk ialah dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan untuk membentuk satu kata baharu. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang kata majmuk, bacalah info grafik di bawah.





                                                 Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!


Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top