Cakna Kata Ganti Nama


1.0          Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama. Kata ganti nama yang popular ialah kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.

2.0          Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. Antara contohnya adalah seperti berikut:
                2.1 Kata ganti nama diri pertama: aku, saya, kita, kami, hamba, patik, beta
                2.2 Kata ganti nama diri kedua: awak, kamu, engkau, kalian, anda, tuan hamba
                2.3 Kata Ganti nama diri ketiga: dia/ia, mereka, beliau

3.0          Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan tempat. Antara contohnya adalah seperti berikut:
                3.1 Kata ganti nama tunjuk umum: ini dan itu
                3.2 Kata ganti nama tunjuk tempat: situ, sini dan sana


Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!


Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top