Kuiz Cakna Kata Pemeri

Berikut merupakan antara contoh soalan yang boleh digunakan ketika proses Pembelajaraan dan Pemudahcaraan (PdPC) topik Kata Pemeri:



Peta Minda Cakna Kata Pemeri


Cakna Kata Pemeri


Perbezaan ‘ialah’ dan ‘adalah’

Kata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2006), terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’.
1.0          Kata pemeri ‘ialah’
   1.1          Digunakan di hadapan frasa nama (meja, lampu, Hana, Abu dan sebagainya).
   1.2          Digunakan di hadapan perkataan 'bahawa'.
   1.3          Digunakan di hadapan kata hubung 'yang' iaitu berfungsi sebagai frasa nama.
   1.4          Digunakan di hadapan frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama.
   1.5          Antara contohnya seperti berikut:
                  1.5.1      Siti ialah seorang murid yang bijaksana.
                  1.5.2      Buku itu ialah hadiah yang telah diberikan oleh ayah kepada adik.

2.0          Kata pemeri ‘adalah’
   2.1          Digunakan di hadapan frasa sendi (di, ke, dari, daripada, pada dan sebagainya) dan frasa adjektif (cantik, manis, kacak, tinggi dan sebagainya).
   2.2          Kata pemeri 'adalah' menunjukkan penerangan.
   2.3          Kata pemeri 'adalah' tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
   2.4          Antara contohnya seperti berikut:
                  2.4.1      Kata-kata Raju tentang Dewi itu adalah benar.
                  2.4.2      “Kata-kata pujian itu adalah daripada Cikgu Hana.” Kata Lee kepada Lili.


Mudah bukan? Selamat cakna Bahasa Melayu!



Cakna Cari Laman Ini

Dikuasakan oleh Blogger.
Back to Top